Friday 29 January 2010

Secret Recipe ngn Syahadah


Fish N Chip


Syahadah sebok panjat kerusi


siap guling-guling lagi..


Makde suap Syahadah..


Iced Chocolate & Chicken Cornish


Yogurt Cheese Cake


Menu


Manja nya anak MakKu ni..


Syahadah taknak kat Makde..
sian kat Makde..


MakDe , Syahadah & MakKu...


Syahadah main-main...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arini teringin sangat nak makan cheese cake...kebetulan nak amek MakDe kat Bank Islam sebab ada interview katanye..pastu ajak terus pegi makan kat Secret Recipe sekali dengan Syahadah..hmm..syahadah nak balik Puchong daa..tu yang ajak jalan-jalan cari makan tu..hehehe...

Kesian betol MakKu tengok kat MakDe nih..sebab syahadah taknak langsung kat MakDe..xtau la kenape..tapi nak plak MakDe punye Iced Chocolate MakDe..hmm..tengok je la gambo gambo kat atas tu..kesian kat MakDe..sabar la ye MakDe.. huhu..

Love,
MakKu ;)

Baby Pak Wie & Mak Wie


Qaisara Raudhah bt Kasturi


MakKu & Qaisara

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sorry la ye..dah lama betul Makku tak meng'update' blog nih..bz betol..sebab abah masok wad lagi..pastu Pak Wi dapat baby lagi..tu yang teramat bz tu..ni pon, buat-buat tak bz sangat..hehehe..

Haaaaa...ni la anak PakWi.. kebetulan Abah masuk wad aritu..MakWi pon dah dekat sangat due nak bersalin..kebetulan tengah melawat abah di hospital..air ketuban MakWi pon pecah..wad abah tingkat 7..dewan bersalin tingkat 2..terus turun je pakai wheel chair...

Dengar-dengar je dah bersalin...yang geram tuh, kalau bersalin kat hospital kerajaan nih..protokol dia ketat betol..sampaikan MakWi bersalin pon pihak hosp. tak bagitau kat pihak suami..tak ke geram..dah la suami pon tak boleh masuk..lepas tu, nak tengok isteri pon tak boleh..pastu, bersalinnya pukul 10:30mlm..dapat tau jantina pukul 2:30pagi..tu pon merayu-rayu kat nurse..
memang macam ngok ngek kepale kemek tol..xbaik tau buat orang macam tu..

Nanti Makku nak simpan duit bersalin kat swasta..nak suami ada kat sebelah kalo tengah bersalin tuh..hmmm...stress betol mase menunggu nak tau keputusan dah bersalin ke belom..nak tau jantina anak pon payah..sabar je laaa...

Pape pon, anak Pak Wi ni .. Makku yang bagi nama... hehehe... Qaisara Raudhah maksudnya Permaisuri Syurga ... terharu plak Makku .. Pak Wi & MakWi approve nama nih.. anak sulung tuh.. terharu sungguh.. hehehe.. terima kasih kerana memberi kepercayaan kat Makku untuk memilih nama yang sesuai untuk anak PakWi & MakWi ni..terima kasih sekali lagi..

Love,
Makku ;)

Abah sakit masuk hospital..


Dari bakal mak mertua Makku ( Puan Siti Mariam )
untuk abah..


Syahadah urut Tok ..


Syahadah dok ngn Tok..


Abah tengah tengok tv sambil makan roti..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Al-kisahnye, abah jatuh tangga..dalam pukul 2pagi..katenye nak ke bilik air..abah tak nampak..lampu tutup..dalam 10 anak tangga jugak la..jatuh teruk..kebetulan Makku tido di bawah dengan kakak Aina..terkejut gak la..bunyi yang agak kuat..terus Makku pegi kat tangga..tengok2 abah dah terjatuh...kepala abah teruk jugak..ada kesan darah beku di kepala..Ya Allah..tuhan saja yang tahu masa tu..

Kebetulan family Along ada..semua kelam kabut pergi ke tangga..Along ngan abg awie pimpin abah naik ke atas..tuam dengan ais..kepala abah tu..sian kat abah..
dah seminggu dah abah tak sehat..semenjak start diet ni..tu yang abah badan agak lemah..sebab abah start diet yang agak mengejut..hmmm...

Esok pagi abah cakap nak pegi ke hospital besar..katanye dah sakit sangat..dengan pertolongan bakal besan..dapatlah abah masuk hospital dengan agak cepat dan pantas..dapat 1st kelas lagi..hehe..sonok abah..alhamdulillah..layanan dari Doktor dan nurse2 sume baik2 sekali..

Jutaan terima kasih tak terhingga dekat bakal mak mertua Makku, kerana memberi bantuan yang tak dapat terbalas...nanti Makku buat Caramel ek kat bakal mak mertua Makku tu ye..terima kasih..lov u..!!

Love,
Makku ;)

Saturday 23 January 2010

Resipi Ayam Masak MakKU...

Belacan, Cili Api & Limau Kasturi


Selepas di blander bhn2 diatas..


Bawang 3 buku


Selepas di blander bawang tu jadi macam ni..


Kicap manis, Sos cili, Sos Tomato, Asam keping & Cili Boh


Ayam dilumur serbuk kunyit


Dan digoreng garing


Ayam selepas digoreng garing..


Tumis sambal belacan tu dulu..


Kemudian masukkan cili boh,bawang yg diblander, sos cili & tomato,
asam keping, garam & gula, kicap manis..


Bagi masak betul2..baru masuk ayam goreng tadi..


Haaa...dah siap... sedia untuk dimakan..selamat mencuba!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persediaan sebelom nak kawen ni..rajin pulak ke dapur..resipi ni sebenarnye yang boleh tercipte disebabkan perut dah sangat lapar..pastu campak2 je ape yang ade..tengok2 bole menjadi plak masak ayam ni..hehe...ni Makku bagi resipi nye ye..try la kat umah..setiap kali Makku masak ayam ni..anak-anak sedare Makku suke sangat...terutame sekali Luqman & Yong ... sampai kan selang setengah jam..makan lagi..huhu..terharu sungguh Makku...sedap sangat katenye..Tunang Makku pon dah rase da resepi Ayam Makku nih..katenye sedap..hehe...korang2 diluar sane try2 la ye..terutama sekali kat Hani Elia..sebok cari resepi nak masak untuk suami tercinte..kalo Hani try la resepi nih..menjadi plak..mesti Edy nak balik umah cepat je..huhu...

BAHAN-BAHAN

6 BIJI CILI API
1 BIJI LIMAU KASTURI } BLANDER
2 INCI BELACAN

3 BUKU BAWANG } BLANDER

2 SUDU BESAR CILI BOH
5 SUDU BESAR SOS CILI
4 SUDU BESAR SOS TOMATO
5 SUDU BESAR KICAP MANIS

2 SUDU BESAR GULA
1 SUDU KECIL GARAM

5 KETUL AYAM DIPOTONG KECIL

CARA - CARA MASAK

1- Goreng ayam sehingga garing ( ikut suke , Makku suke goreng garing )
2- Tumis sambal belacan dulu...bagi naek bau..
baru masukkan cili boh tadi...( sehingga korang bersin..hehe..jgn bersin dlm kuali ye! )
3- Kemudian masukkan bawang yang di blander tadi...
4- Masukkan Sos cili & Tomato, asam keping , garam & gula dan kicap manis..
5- Dah secukup rase baru masukkan ayam goreng tadi...
6- Tunggu dalam 2minit..hidang ler..tak reti2 lagi ker??? hahaa...

P/S KALO NAK SEDAP LAGI MAKKU SUKE GORENG KENTANG POTONG WEDGES..
TAPI DISEBABKAN XDE..TU YANG MAKKU XMASUKKAN TU..KENTANG TU GORENG
SEKALI NGN AYAM TADI..MASUKKAN LAST2 SEKALI...

KEBERSIHAN PERLU DIUTAMAKAN SEMASA MEMASAK YE.. CONTOH KALO BERSIN TADI SILA BERSIN JAUH2 EK..JANGAN BERSIN DIDALAM KUALI...!!

SELAMAT MENCUBA!!!





Friday 22 January 2010

Dating lagi..


Bajet comel ;p


asyik asyik isap rokok aje..


senyum lagi..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni, dating lagi..sebab rindu namenye..huhu...hmm arini gi dating kat Star Parade je..Dear belanje makan McD...pastu Dear belanje beli DVD cite Boys Before Flowers..huhu..jangan jeles...haha..sayang kat dear...

Makku beli DVD This Is IT je...My Lovely Boyfren eva..heheh..Michael Jackson..Aritu tengok kat wayang rase macam tak puas sebab xboleh jerit2..huhu..ni layan kat umah bole jerit2..sangat bes dan bole repeat tang mane suke..huhuhu...

Wednesday 20 January 2010

Ultimate Fitness


Resit Ultimate Fitness


Semangat waja nak ke gym.. hehe


Ultimate Fitness di Jalan Pegawai..


Cewah..mak..dah lame x senaman..senyum je..hehe..


Baby pon nak amalkan gaya hidup sehat..


Makde yang sentiase bersemangat untuk menguruskan apa yang patut..


Uish dorang ni.. xbenti langsung..Makku dah surrender..hehehe..


Makku nak try angkat berat..tapi macam takut plak..huhu..


Makku tengah berhempas pulas mengeluarkan peluh..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepade Nyah , Yang , PakWi n Teh .... kitorang sekarang ni..membuat azam baru..bahawasanya, ingin mengamalkan gaya hidup sihat..kurang kan gula, garam dan buat senaman...hehehe...
haaaa.... yang besnye.. banyak alatan alatan di Gym Ultimate Fitness ni..rasa macam nak test sume..tapi xdan...sebab kitorang pon pegi pukol 6.30ptg..sejam je..sebab Maghrib, so kene balik umah awal ler.. Nex time nak kene gi lebih awal sikit..

Walaupon xsampai sejam..tapi x berdaya jugak..huhuu...yang peliknya, Mak,Makde & Baby sume keluar peluh..tapi Makku aram tak kua pon...kenape ek?? dah tersumbat ape liang roma Makku ni? ish ish..

So kepada sume..kita mulakan cara gaya hidup sihat mulai sekarang yee.. Jangan first2 je semangat ayam...hehehe....

Love,
Makku :)

The Spy Next Door


Orang ramai kat Alor Star Mall..


Zinger Burger yang baru..name ape tah..


MakDe tengah bubuh sos.. nak makan dalam wayang..


PakWi & MakKu..


Nak balik dah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sorry la ye..dah lame xupdate..sebok sangat la sehari dua ni.. ni pon update untuk beberapa hari yang lepas.. pegi tengok wayang ari ahad malam..first first nak gi tengok cite Adnan Sempit..pastuh, Pakwi ajak tengok Jackie Chan plak..hmm xpela..ikut la yang mane pon..sebab yang tukang bawak nye PakWi.. so kene mengikut perintah la..hehe..kang kalo ingkar kang, xde sape plak yang nak bawak kitorang gi tengok wayang plak..

Keta Makku xsiap lagi la.. bile la nak siap keta makku tu.. bukan ape, dah rindu yang teramat sangat dah nih... hmm... mintak mintak dalam bulan 3 dah boleh siap dah la keta tu..

Yang bestnye, Kak Wi yang tengah sarat pon follow sekali gi tengok wayang...hmm sabo je ler.. risau je bawak Kak Wi tu.. sebab dah sarat sangat.. bile la Kak Wi nak besalin ni.. sampai ke arini xbesalin2 pon.. taknak kuar lagi latu baby Pak wi tu ye..

Oklah ye..nanti Makku update lagi ye.. asyik terlupe je nak snap kalo ke mane2..tu yang malas nak update tu kalo xde gambo..padahal Makku banyak je aktiviti yang bole di updatekan didalam blog nih..hmm.. tapi dah terlupe kan..nak wat cane..huhuuuuu

Love,
Makku :)

Sunday 17 January 2010

Alor Star Mall & Ferdi Pakai Pampers

Makku otw g Alor Star Mall


Alor Star Mall


Ferdi pakai pampers


Makde pakaikan pampers untuk Ferdi


Dah siap..


Kesian kat Ferdi.. x boleh nak control lagi kencing..

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam pukul 3 petang tadi..Dear call ajak g makan kat Hj. Ramli Simpang Empat..dekat-dekat dengan umah tok Dear...pastu lepas abes makan, dah alang alang nak balik..singgah la ke Alor Star Mall..saje jalan-jalan..

Lepas pegi Alor Star Mall, Makku ajak Dear pegi Star Parade plak..sebab nak tukar DVD cite Boys B4 Flowers.. cd1 xboleh nak reading..nak pegi tukar xboleh pulak dah..hmm..kate tuan kedai tu, beli dvd tu bukan di kedai die..ngok ngek kepale kemek btol toke tu..sedeh sangat xdapat nak tukar...pastu xdapat nak tukar Dear pon beli kan Mc Flurry untuk Makku..tapi Makku xde mood nak makan..sedeh yang teramat sangat..sabo je laaa...rase macam nak bom je kedai cd tu..

Balik umah..Ferdi asyik kencing merata-rata je..mak dah bising..tu yang pakai kan pampers tu..malam ni Ferdi tido dalam bilik air..kesian kat Ferdi...masih xboleh nak control kencing..hmm..sabar ye Ferdi..nanti sehat la tu..


Love,
Makku ;)